MAKLUMAT UMUM
1. Apakah objektif program Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam ini?
Objektif program biasiswa ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
2. Berapakah nilai pembiayaan Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditawarkan?
Nilai biasiswa yang ditawarkan meliputi bayaran penuh yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
3. Adakah YDD mempunyai senarai institusi pilihan untuk permohonan program biasiswa ini?
Biasiswa ini terbuka kepada semua calon yang akan memulakan pengajian Tahun Kedua daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dalam senarai berikut:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
4. Adakah YDD akan membantu pemohon biasiswa untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi?
Pemohon harus membuat permohonan sendiri ke universiti untuk mendapatkan tawaran kemasukan ke kursus yang dikehendaki. Bagi pemohon yang belum mendapatkan tawaran kemasukan akademik, anda perlu mendapatkan tawaran kemasukan terlebih dahulu sebelum memohon biasiswa ini.
5. Adakah penerima biasiswa akan terikat untuk bekerja dengan YDD selepas tamat pengajian?
Penerima biasiswa tidak akan terikat bersama YDD setelah tamat pengajian.
6. Bolehkah saya memohon Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam ini untuk pengajian pasca-siswazah di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia?
Biasiswa ini hanya terbuka untuk pengajian sarjana muda sahaja.
SYARAT KELAYAKAN
1. Siapakah yang layak untuk memohon Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam ini?
Pemohon mestilah memenuhi semua kriteria berikut:
- Bumiputera Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keturunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Sarawak;
- Jumlah pendapatan keluarga seluruh isi rumah kurang daripada RM7,500 sebulan (muat turun contoh dokumen pengesahan pendapatan);
- Akan memulakan pengajian Tahun Kedua Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian yang berkaitan;
- Minimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama (Semester 1 dan Semester 2);
- Minimum PNGK 3.0 atau seumpamanya untuk pengajian pra-universiti/ diploma/ STPM;
- Mengikuti pengajian sarjana muda untuk kali pertama;
- Belum mendapat biasiswa daripada badan- badan lain; dan
- Memenuhi ciri-ciri peribadi yang dikehendaki dan kriteria pemilihan lain.
2. Apakah kursus yang diliputi oleh Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam?
Biasiswa ini terbuka kepada semua kursus sarjana muda; keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mengambil kursus-kursus kritikal untuk pembangunan ekonomi negara atau kursus-kursus yang akan memenuhi permintaan semasa tenaga mahir dalam industri berkemahiran tinggi.
3. Bolehkah pemohon yang mengikuti kursus secara sambilan memohon program biasiswa ini?
Hanya pemohon yang ingin mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja yang akan dipertimbangkan.
4. Bolehkah pemohon yang telah memulakan kursus universiti memohon?
Pertimbangan biasiswa akan mengutamakan pemohon yang akan memulakan pengajian Tahun Kedua.
5. Bagaimana jika pemohon belum memperolehi keputusan Tahun Pertama, Semester 2 sebelum tarikh tutup permohonan?
Pemohon boleh memuat naik keputusan Tahun Pertama, Semester 1 dahulu dalam permohonan biasiswa. Pemohon perlu menghantar melalui e-mel salinan/ tangkap skrin keputusan Tahun Pertama, Semester 2 apabila ia telah diperolehi untuk mengemaskini permohonan biasiswa.
6. Adakah pemohon yang telah menerima pinjaman pendidikan lain (contoh: PTPTN) layak untuk memohon biasiswa ini?
Pemohon yang merupakan penerima pinjaman pendidikan masih layak untuk memohon biasiswa ini. Namun, sekiranya pemohon berjaya ditawarkan biasiswa ini, pemohon dikehendaki untuk membatalkan pinjaman pendidikan tersebut dan mengemukakan bukti pembatalan pinjaman sebelum penyaluran pertama biasiswa dapat dilakukan.
7. Apakah syarat-syarat lain yang mesti dipenuhi oleh pemohon biasiswa?
Pemohon biasiswa yang berjaya perlu memenuhi pemeriksaan perubatan sebelum ditawarkan biasiswa.
PROSES PERMOHONAN
1. Apakah proses permohonan untuk Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam ini?
Apabila tarikh permohonan dibuka, pemohon boleh klik butang Mohon Sekarang di halaman Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam di laman web kami untuk melengkapkan borang permohonan dalam talian dan mengikuti arahan permohonan. Borang ini hanya tersedia atas talian sahaja.
2. Bagaimanakah pemohon boleh mendapat tahu tarikh tutup permohonan dan sekiranya permohonan mereka telah berjaya?
Pengumuman tempoh permohonan biasiswa dan tarikh tutup akan dimaklumkan di laman web, Facebook, dan X kami. Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi dalam tempoh empat minggu selepas tarikh tutup permohonan.
3. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak memperoleh tempat di mana-mana universiti?
Pemohon perlu menunjukkan bukti tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam dan telah memenuhi syarat-syarat kemasukan sebelum ditawarkan biasiswa.
4. Bagaimana saya menentukan kategori bidang pengajian bagi kursus saya?
Sila merujuk kepada Kod Pendidikan Nasional 2020 (NEC-2020) untuk mengenal pasti bidang pengajian yang sepadan dengan kursus yang diikuti. Klasifikasi hendaklah dibuat berdasarkan bidang utama kursus, bukannya pengkhususan atau subjek yang diambil. Sebagai contoh, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (dengan pengkhususan Muzik) dikategorikan di bawah bidang Pendidikan; Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Fesyen dan Ijazah Sarjana Muda Sejarah di bawah bidang Sastera dan Kemanusiaan; manakala Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di bawah bidang Sains Sosial, Kewartawanan dan Maklumat.
5. Adakah pemohon perlu mengirim sijil dan dokumen sokongan melalui pos ke YDD?
Pemohon perlu memuat naik sijil dan dokumen sokongan yang telah disahkan semasa melengkapkan borang permohonan atas talian. Pemohon yang disenarai pendek akan diminta untuk menyerahkan salinan asal sijil dan dokumen sokongan yang telah disahkan apabila dipanggil untuk temuduga.
6. Bolehkah saya membuat rayuan ke YDD sekiranya saya tidak disenarai pendek?
Semua keputusan pemilihan anugerah biasiswa adalah muktamad.
Untuk maklumat lain yang tidak terdapat dalam seksyen Soalan Lazim ini, sila e-mel kami.
© 2026 Yayasan DayaDiri (200901039989 (883134-X)). All rights reserved.