Yayasan DayaDiri menawarkan tajaan untuk pelajar- pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran Tahun Pertama ATAU Tahun Kedua di peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam berikut:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Syarat Kelayakan:
- Bumiputera Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keturunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Sarawak;
- Jumlah pendapatan keluarga seluruh isi rumah kurang daripada RM4,850 sebulan (muat turun contoh dokumen pengesahan pendapatan);
- Telah mendapat tawaran daripada institusi pengajian yang berkaitan;
- Akan mengikuti pengajian sarjana muda untuk kali pertama;
- Minimum PNGK 3.0 untuk pengajian pra-universiti/ diploma/ STPM bagi pemohon yang akan memasuki Tahun Pertama, ATAU minimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama bagi pemohon yang akan memasuki pengajian sarjana muda Tahun Kedua;
- Belum mendapat biasiswa daripada badan- badan lain; dan
- Memenuhi ciri-ciri peribadi yang dikehendaki dan kriteria pemilihan lain.
Klik pada Soalan Lazim untuk maklumat lebih lanjut, atau e-mel kepada kami jika soalan anda tidak terdapat dalam Soalan Lazim.
Nilai Pembiayaan:
Nilai biasiswa yang ditawarkan meliputi bayaran penuh yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Cara Memohon:
Permohonan kini ditutup. Sila tunggu pengumuman di laman web, Facebook dan Twitter kami untuk tarikh pembukaan permohonan yang akan datang.
© 2023 Yayasan DayaDiri (200901039989 (883134-X)). All rights reserved.