Polisi Privasi

Polisi Privasi ini menjelaskan bagaimana YDD mengumpul, menyimpan dan mengendali Data Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu-individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dan undang-undang Malaysia.

Sila baca Polisi Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan Data Peribadi yang kami mungkin kumpul dari anda. Dengan memberi Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju akan Polisi Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini.

1. Pengenalan

YDD menghormati dan menghargai privasi Data Peribadi anda dan berusaha untuk menglindungi Data Peribadi anda selaras dengan APDP.

2. Jenis Data Peribadi yang dikumpul

  1. Data Peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut: nama, tarikh lahir, dokumen-dokumen sokongan identiti (termasuk kad pengenalan atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa yang dipilih, butir-butir perhubungan, maklumat perubatan, rekod akademik, ahli-ahli keluarga dan pihak berkenaan dan maklumat peribadi tentang mereka (termasuk kedudukan kewangan dan bukti pendapatan), gambar-gambar dan/atau maklumat lain berkaitan dengan anda.
  2. Di samping itu, apabila anda melawat laman web YDD, maklumat seperti tarikh dan masa akses, alamat IP, hos internet dan sejarah pelayaran boleh dikumpul secara automatik melalui laman web YDD dan komputer anda secara automatik akan dikeluarkan dengan cookies. Cookies adalah fail teks yang disimpan dalam pemacu keras komputer anda untuk membolehkan pelayan web kami mengenali komputer anda. Pada bila-bila masa anda boleh melaraskan seting pada komputer anda untuk mengingatkan anda mengenai penggunaan Cookies atau untuk menerima atau menolak Cookies.
  3. Jika anda telah memberikan kami Data Peribadi berkenaan orang lain (sebagai contoh, suami/isteri, ahli keluarga, pihak berkaitan atau orang hubungan kecemasan atau di mana anda dikenal pasti sebagai pengawai bertanggungjawab (dalam organisasi atau syarikat atau institusi) anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai kebenaran nyata mereka untuk berkongsi Data Peribadi mereka dengan kami atau berhak untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami.

3. Bila dan bagaimana kami mengumpul Data Peribadi anda

Kami mungkin mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda apabila anda:

  1. berkomunikasi dengan kami (sebagai contoh apabila anda mengemukakan borang permohonan atau apabila anda membuat pertanyaan dengan kami;
  2. mendaftar minat anda dan/atau memohon maklumat (melalui emel atau lain-lain saluran yang disediakan);
  3. melawati pejabat kami; atau
  4. melawati/atau melayari laman web kami.

Selain daripda Data Peribadi yang diperolehi langsung dari anda (seperti yang diperincikan di atas), kami juga mungkin memperolehi Data Peribadi anda daripada pihak ketiga seperti wakil sah, institusi kewangan, biro kredit atau agensi-agensi rujukan kredit, rangkaian sosial, agensi-agensi pencegahan penipuan atau organisasi lain (Pihak Ketiga), dan dari sumber-sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda, dan/atau dimana dibenarkan secara sah.

4. Penggunaan Data Peribadi

Kami mungkin mengumpul Data Peribadi daripada anda atau daripada Pihak Ketiga untuk mana-mana tujuan-tujuan berikut (Tujuan-Tujuan):-

  1. untuk mengesahkan identiti anda;
  2. untuk mentadbir dan menilai permohonan anda untuk biasiswa kami atau pinjaman pelajaran;
  3. untuk menilai dan lebih memahami keperluan Pihak Ketiga;
  4. untuk pentadbiran, penilaian, pengurusan rekod, pelaporan, audit dan untuk tujuan keselamatan dan pencepalan penipuan;
  5. untuk tujuan penyelidikan termasuk penyimpanan rekod dan statistik;
  6. untuk mematuhi mana-mana undang-undang dan/atau proses undang-undang and/or perintah-perintah dan/atau syarat-syarat kontrak dan/atau keperluan pihak berkuasa;
  7. untuk tujuaan penjenamaan, komunikasi dan hal ehwal korporat kami termasuk penerbitan di dalam mana-mana bahan bercetak, laman web dan/atau media elektronik kepunyaan kami serta di dalam mana-mana bahan bercetak dan/atau media elektronik kepunyaan pihak-pihak lain;
  8. untuk tujuaan tadbir urus korporat YDD;
  9. di mana email mengandungi Data Peribadi anda diterima oleh kami ketika suatu komunikasi perniagaan dan disimpan sebagai rekod surat menyurat dan/atau bagi tujuan rekod;
  10. di mana Data Peribadi tersebut disimpan sebagai maklumat perhubungan perniagaan;
  11. untuk berhubung dengan anda dan memberikan anda maklumat yang anda mungkin minta; dan/atau
  12. untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak pengawalselia berkuasa yang berkenaan dan apa-apa tujuan yang berkaitan dan berhubung dengan mana-mana perkara di atas.

5. Keengganan memberi Data Peribadi

Di mana dinyatakan (contohnya di dalam borang permohonan), anda diwajibkan memberi Data Peribadi kepada kami untuk membolehkan kami memproses sebarang permohonan atau permintaan anda kepada YDD. Jika anda enggan memberi Data Peribadi yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan atau permintaan anda yang mungkin akan ditolak.

6. Pendedahan Data Peribadi anda

Data Peribadi yang diberikan kepada YDD secara umunnya akan disimpan secara rahsia tetapi anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak-pihak dibawah:-

  1. Lembaga Pemegang Amanah, pekerja dan/atau wakil-wakil YDD;
  2. institusi pendidikan;
  3. agensi-agensi kerajaan;
  4. agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
  5. pihak-pihak lain untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan tujian pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda seperti yang disenaraikan dalam Seksyen 4;
  6. mana-mana pihak yang wajib merahsiakan Data Peribadi;
  7. pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat; dan/atau
  8. mana-mana ejen yang berkaitan, kontraktor atau mana-mana pihak lain yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran, telekomunikasi, komputer, pembayaran, kelulusan sekuriti, pengurusan, audit, insuran,   atau perkhidmatan professional atau berkaitan kepada YDD.

7. Penyimpanan Data Peribadi

  1. YDD akan berusaha untuk menyimpan Data Peribadi anda dengan selamat dalam bentuk salinan atau pangkalan data dalam pejabat YDD. Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada YDD akan disimpan oleh YDD untuk tempoh selama yang perlu bagi memenuhi Tujuan-Tujuan dan jika diperlukan, untuk memenuhi keperluan undang-undang, pihak berkuasa dan pentadbiran.
  2. Di mana praktikal, kami berusaha untuk melaksanakan pentadbiran yang sesuai serta kawalan-kawalan keselamatan dan prosedur sejajar dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan bagi menghalang pemprosesan Data Peribadi anda secara tidak sah atau menyalahi undang-undang dan kerugian yang tak disengajakan atau kemusnahan, atau kerosakkan kepada, Data Peribadi anda.
  3. Mana-mana Data Peribadi yang disimpan oleh YDD mungkin dimusnahkan atau dipadamkan jika ia tidak diperlukan oleh YDD lagi (mengikut budi bicara mutlaknya).

8. Pemindahan Data Peribadi

Anda bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan-keadaan seperti yang tercatat dalam Seksyen 4. Kami akan mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk memastikan bahawa mana-mana entiti luar negara tersebut akan terikat di bawah kontrak untuk tidak menggunakan Data Peribadi anda untuk sebarang tujuan kecuali selaras dengan syarat-syarat kontrak yang kami mungkin tangani dengan mereka dan untuk melindungi dengan sewajarnya Data Peribadi anda.

9. Hak Akses dan pembetulan Data Peribadi

  1. YDD menghormati privasi Data Peribadi anda dan berusaha untuk memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan Data Peribadi anda yang disediakan kepada YDD. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi anda yang telah diserahkan dan disimpan oleh kami adalah tepat dan lengkap dalam semua aspek dan kamas kini.
  2. Anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda dan untuk memohon pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan. Sila maklum bahawa kami mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu , contohnya apabila kami tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersil dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memaklumkan anda akan sebab-sebab kenapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.
  3. Sebarang soalan ataupun komen mengenai Polisi Privasi ini, atau jika anda memerlukan sebarang bantuan bagi mengakses atau mengemaskinikan maklumat yang kami telah kumpul mengenai anda, boleh dituju kepada:

Yayasan DayaDiri
Alamat : Level 39 Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel     : Emel kami

10. Pengemaskinian Polisi Privasi

Polisi Privasi ini mungkin ditukar dari masa ke semasa dan versi terkini akan berkuatkuasa dan menggantikan sebarang dan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, versi dalam talian atau salinan. Notis sebarang semakan semuala tersebut akan diberikan di laman web YDD dan/atau dengan apa-apa cara kominikasi yang lain yang dianggao sesuai oleh YDD.

11. Pautan kepada laman-Laman web lain

Sila ambil perhatian bahawa Polisi Privasi ini hanya terpakai kepada laman web YDD dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang mungkin diakses anda dari laman web YDD, sebagai contoh, Twitter dan Facebook. Untuk menentukan bagaimana laman-laman web pihak ketiga mengurus dengan Data Peribadi anda, anda perlu memastikan bahawa anda membaca dasar privasi mereka masing-masing.

12. Bahasa

Sekiranya versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Polisi Privasi ini tidak selaras ataupun bercanggah, versi Bahasa Inggeris akan berkuatkuasa.

13. Akuan

Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda memaklumkan bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan di sini dan selanjutnya memberi kebenaran kepada YDD untuk memproses Data Peribadi untuk Tujuan-Tujuan.

© 2023 Yayasan DayaDiri (200901039989 (883134-X)). All rights reserved.